Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar semua.... kakmas doakan kalian semua beroleh kesihatan dan kerahmatan walau di mana berada...
Belek punye belek... ya Allah... lamanya dah tak mencoret di blog kakmas nih.... huhuhuhu sedar tak sedar tahun dah berganti tahun dah...
Alhamdulillah... pertamanya marilah kita mengucapkan syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat lagi kita bernafas di muka bumi ini. Hari berganti hari ke bulan dan tahun.... ada di kalangan teman-teman dan kaum keluarga kita telah pun pergi mengadap ilahi terlebih dulu sebelum kita.... Sampai tika dan saat itu kita semua juga pasti merasai kematian itu. Tidak mungkin kita akan dapat menahan daripada ianya berlaku...Apa yang termampu kita lakukan adalah mendoakan kita mendapat pengakhiran yang sebaik-baiknya....... InsyaAllah....
Apa kakmas nak mulakan story untuk tahun 2017 ni yer.... Sebenarnya banyak agenda dan perancangan kakmas untuk tahun 2017 nih.. tentang keluarga....anak-anak MFA sayang... tentang kerjaya... tentang impian dan harapan bersama my hubby sayang.... semua impian dan harapan menjadi satu doa semoga semua perancangan itu dipermudahkan oleh Allah swt hendaknya...
Okay... belum agak terlambat lagi yer.. kakmas nak ucapkan juga kepada ualls semua happy new year 2017. Bila melangkah ke tahun baru nih... kita pasti akan rasa umur kita semakin singkat di dunia ni kan... sama-samalah kita meningkatkan amal kebaikan buat bekalan kita di alam sana...

No comments:
Post a Comment