MY MFA SAYANG

Dalam suka dan duka menempuh kehidupan bersama MFA sayang....love u all so much....


Sunday, 14 August 2016

MENCORET KEMBALI

Assalamualaikum....
Lamanya sudah tak mencoret di blog ku ini. huhuhu

Pelbagai kisah dan cerita mahu kucoretkan... namun ada kalanya tak terluah di coretan ini... ekoran masa yang sangat mencemburi... hari berganti minggu dan terus berlalu berganti bulan... sedar tak sedar dah lebih setengah tahun 2016 kita lalui. Ada suka dan duka telah pun kakmas hadapi. Kalau yang ada follow fb kakmas mesti tau kejadian dan kesedihan yang melanda kakmas sekeluarga...

Sejak kejadian tersebut rasanya dah 3 bulan lebih jugak kakmas tak mencoret di blog kesayangan kakmas nih... Walau sekadar coretan kehidupan.. tapi sangat memberi erti kepada kakmas.

So... lepas nih nak mencoret kembali dengan segala suka duka kehidupan kakmas bersama keluarga, sahabat handai, rakan taulan dan segala insan yang mengenali kakmas.

Rindu sangat nak mencoret sebenarnya.... tapi apabila mood nak mencoret nih ke laut hindi... jadi apa pun yang tersarat di kepala nih... semua tak menjadi... hanya terpendam saja di lubuk hati...

Jadinya.. lepas nih.. apa pun kakmas nak mencoret la walaupun hanya sebuah kisah yang biasa jer.... takkan nak tunggu kisah yang luar biasa baru nak mencoret kan....

Bagi yang tak tau kisah sedih dan duka kakmas tempohari.... InsyaAllah nanti kakmas akan coretkan coretan percutian yang tragis tempohari... Meskipun semuanya telah pun kembali tenang dan dapat menerima ketentuan takdir Ilahi ini... namun ada juga sedikit sebanyak kejadian lalu bermain di fikiran.
Namun biarlah yang berlalu pergi dengan seribu kedukaan.... pada masa ini kakmas nak lalui hari-hari mendatang dengan penuh senyuman dan ceria selalu....

salam sayang,

kakmas in de house.... :)


No comments:

Post a Comment