MY MFA SAYANG

Dalam suka dan duka menempuh kehidupan bersama MFA sayang....love u all so much....


Tuesday, 17 May 2016

PINDAH RUMAH

Hi ualls...
Lama pulak sepi dari corat coret kehidupan nih... :)

Apa ya nak coret kali ni... ooo... pasal MFA ke pasal kerja ke pasal apa aek...
Ermm... pasal nak pindah rumah laa...hihihi

Sebenarnya kakmas ni macam dalam dilema jugak nih... antara nak pindah dengan tak jer...
Sekali fikir tak nak pindah...dua kali fikir nak pindah dan..dan...jugak...hehehehe
Ni semua gara-gara en suami sayang nih laa.... Dia laa pi suggest untuk pindah dan sewakan rumah kat rawang nih... jap suh sewa...jap suh jual... adoyai... tup-tup dia pulak berat hati nak pindah... alasannya...sebab sayang nak tinggalkan rumah di rawang nih. Suka sebab banyak majlis ilmu katanya...

Ermm... yelah kan... dekat 10 tahun dah kami sekeluarga tinggal di Taman Desa Mas Bandar Country Home nih. Dari anak 3 hingga dah 6 orang semua MFA kami. Mana tak sayangnya. Dengan jiran tetangga yang baik-baik belaka. Dari tak de pasaraya Eon Jusco sekarang nih dah tersergam sebesor stadium dah. Kat BCH pun tak lama lagi akan ada Econsave pulak. Pendek kata segala fasiliti kat sini semuanya serba ada.
( ini taip masa tengah dilema.... pastu tak habis taip simpan buat pekasam dulu....kui3 )

Tapi bila difikir ditolak dibahagi dan dihitung semasaknya.... bermula bulan Mei 2016 tadi kami dah start tinggal di kampungku. Rumah abah di kampung. Berangkut ler kami barang-barang. Ni jer dah 2 kali lori adikku angkut barang-barang kami. Tu pun still tak habis lagi.. Adik-adikku semua dok bising kata banyak bebenor barangnya... weh laa... mana  tak banyaknya...kain baju untuk anak 6 orang campur ngan mak ayahnya lagi. Dok rumah tu dah dekat 7 tahun. Heheheh memang banyak ler barangaannya...

Makan masa ler nak mengemas nih.... fuuuhhhhh.... dah masuk 3 minggu dok ulang alik dari kampung ke tempat kerjaku.... perghhh....dekat 170km pergi balik sehari. Minyak jer rm20 tol kalau pergi balik rm15. Tapi penat tu tak de la sangat. sebab bawak kereta dia tak der jem. kalau nak ikutkan masa dok rawang lagi kakmas penat giler. sebab petang jer sangkut jem. pulak tu kalau hujan lebat skit, alamatlah banjir melimpah ruah air sungai dekat ngan caltex tu. huhuhuhu cuma tak tahan kos minyak ngan tol jer laa....

Tak apalah... kita amik yang positif jer... sebab tak selamanya jugak kakmas kerja kat ofis sekarang nih. Kalau rasa tak larat sangat ulang alik nanti kan boleh mintak tukar jer...hihihih Tapi sekarang nih rasa ok jer...

So...makanya sekarang nih 2 orang MFA si Fahim Aiman dan Fadhil Aiman pun dah sekolah ke sekolah agama rakyat kat kampungku. sekolah lama ummi. hihihi Dah tak de alasan lagi lah depa nak monteng sekolah. Kalau dok rawang katanya jauh....tak sempat nak gi sekolah agama...so sekarang nih... balik jer sekolah kebangsaan depa pulak tak sabar nak ke sekolah agama. Bagitau abah minta hantar awal. amboi... tu bukan semangat nak belajar dah... tu semangat nak main ngan kawan-kawan baru depa tuu...
Tak kisahlah nak...asal kalian mahu belajar.
abg fahim tu dah lari balik tak nak dok asrama tahfiz dah... tinggal abang ojan jer sorang.
Semoga abang ojan akan dapat jadi contoh dan teladan yang baik kepada adik-adik nanti.

gambar kenangan abadi kami 7 beradik siibu dan sebapa bersama arwah bonda tersayang. Sekarang ni dah besor panjang semuanya. tak jumpa gambor yang ada abah sekali... :)

Jadi keputusannya dah confirm sangatlah kami semua dah berpindah balik ke rumah abah. Alangkah seronoknya kalau abah kakmas pun dapat bersama-sama anak menantu cucunya. Arwah bonda memang tak sempat nak tengok cucu-cucunya membesar. Hanya abang ojan jer dia sempat tengok dan sempat bermain. Perancangan kami hingga tahun depan. InsyaAllah selepas rumah di slim river siap nanti kami pindah sana pulak. Rumah di Rawang memang berhajat nak sewa / jual jer nanti. Erm... doakan semoga semua urusan kakmas sekeluarga akan dipermudahkan yer....

Kalau difikirkan balik.... memang tak pernah terfikir pun kakmas akan berpindah rumah lagi. Apatah pulak duduk di kampung. Rasa-rasanya aritu masa pindah di Desa Mas dah kata ini lastlah pindah sana. Memang tak terjangka sama sekali apa yang berlaku hari ini. Begitulah sebaik-baik perancangan sudah pastilah dari perancangan dan ketentuan oleh yang maha Esa. Apapun kakmas bersyukur dan gembira dengan perpindahan ini. Walaupun dalam kekalutan mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

Ni pun rumah tak habis kemas barang lagi.. Dok mikir dan mencari idea mana nak simpan barang yang setimbun nih.... huhuhuhu

Oklah... nanti kakmas citer story lain pulak yer...
jumpa lagi di lain masa...

#rasa teringin nak cuba menulis cerpen... hihihi
nantilah ada masa nak mencuba ada bakat jadi penulis ke tidak... :)