Assalamualaikum kepada pembaca semua....
Lama sudah kakmas tak mencoret sesuatu di new blog ni... Kalau ikut perancangan memanglah nak update something setiap hari sebagai catatan harian,..namun belum dapat direalisasikan lagi..
Kakmas masih belum ada kesempatan ruang dan waktu untuk mencoret buat masa ni.. InsyaAllah selepas semua keadaan stabil dan kembali tenang kakmas akan realisasikan... Hihihi macam ler ramai benor pembaca yang setia yang nak membaca coretan kakmas ni aekk... Tak per... anak-anak MFA semua akan jadi pembaca yang setia di suatu hari nanti... terutama fahim aiman dan farhana amni :)
Sebenarnya kakmas dah pun bertukar ke tempat kerja baru... Hasil permohonan pertukaran tempohari.. dah diberi peluang untuk mintak tukar kan... sape yang tak nak tempat kerja dekat bak kata teman baik kakmas... gegurl mummy... nak jugak merasa rumah tepi idung... hihihi dalam maksudnya tu... Biarlah rahsia... kui3
So... baru je berpindah ke ofis baru ni... kakmas pulak dok sibuk amik cuti.... kan dah start cuti sekolah aritu... En suami pun amik cuti 2 hari awal sebelum cuti sekolah aritu untuk menjaga bergilir dengan adik beradiknya yang lain menjaga ayah mertua...sebelum meninggal dunia...masa tu di HUSM Kubang Kerian Kelantan.
Alhamdulillah... kesemua adik beradik en suami dapat bergilir dan merasai sama-sama menjaga ayahda mertua di hospital... Meskipun kami masih inginkan ayah bersama-sama namun segala yang tersurat dan tersirat itu telah pun ditentukan... Takdir dan ajal ayahda pergi meninggalkan kami semua pada tanggal 24 November 2015 bersamaan hari Selasa pada jam 1.30 tenghari sangat menyentuh hati kakmas... Ini kerana igauan pemergian allahyarhamah bonda juga pergi 2 hari sebelum kenduri perkahwinan adinda bongsunya iaitu maksu kakmas...
Kini ayahda mertua pergi di saat segala persiapan untuk majlis perkahwinan anakda bongsunya telah pun siap sedia. 2 hari sebelum majlis akad nikah anakdanya... beliau telah pun menghembuskan nafas yang terakhir disisi anak sulongnya abe madi... Segalanya bagai telah pun diatur sebagaiknya oleh yang maha berkuasa... Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan dari Ilahi...
Segala urusan pengkebumian ayah juga berjalan dengan sangat lancar dan dipermudahkan... Jenazah ayah selamat tiba di rumah pada jam 3.30 petang... Kemudian dimandikan oleh anak-anaknya dan disaksikan oleh cucu-cucu serta anak-anak saudaranya yang lain.. Kemudian dikafankan dan kesemua ahli keluarga...isteri dan 6 anaknya serta menantu dan seramai 14 orang cucunya semua dapat melihat dan menatap wajah kesayangan kami semua ini. Kucupan terakhir dari kami semua sebelum ayah ditutup sepenuhnya dan disolatkan di halaman ruang tamu rumah ayah..... dan selesai solat jenazah ayah terus di bawa ke tanah perkuburan dengan diiringi oleh kesemua anaknya....
Meskipun masih bersedih dengan pemergian ayah... Namun segala urusan majlis perkahwinan adik ipar kakmas tetap berjalan dengan lancar... Kesemua adik beradik saudara mara bersama-sama membantu dalam menyediakan segala keperluan dan syukur alhamdulillah majlis pernikahan dan majlis kenduri kesyukuran telah pun selamat dijalankan. Meskipun allah memberi ujian majlis diadakan dalam keadaan hari hujan turun sepanjang hari.... Inilah ujian dan rahmat dari Allah swt kepada hambanya.... Makanan yang ditempah dari katering pun tidaklah membazir dan berlebihan... sangat mencukupi untuk kesemua tetamu yang hadir...
Dikesempatan ini juga kakmas mewakili seluruh ahli keluarga Allahyarham Ahmad Bin Isa dan Siti Bidah (Mokcik Mah) ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga yang bertungkus lumus dalam membantu kami sekeluarga dalam segala urusan baik urusan pengkebumian ayahda,,,,majlis pernikahan dan majlis kesyukuran ini...
Kini dah semingga berlalu allahyarham ayahda pergi meninggalkan kami semua... sebagai menantu yang pertama sekali menjadi menantu dalam keluarga mak dan ayah... sudah tentu sedikit sebanyak ada kenangan kakmas bersama allahyarham ayah.... Meskipun ayah tidak banyak bersembang... tetapi sehingga kini kata-kata nasihat ayah masih kakmas ingat dan segala budi baik ayah pasti takkan kakmas lupakan... Semoga roh allahyarham ayah akan tenang di sana .. diampukan segala dosa-dosanya.... dan sentiasa disirami dan dibajai dengan kiriman doa dari kami semua...
Gambar allahyarham tok ayah bersama MFA. Semoga MFA tau dan ingat tok ayah mereka...
We love u tok ayah...
![]() |
| tinggal kenangan .... allahyarham tok ayah melayan karenah MFA makan nasi sebelum bertolak balik ke KL |
![]() |
| Allahyarham tok ayah bersama isteri tersayang di satu majlis barbikeu di rumah Kak Dah |
![]() |
| Bersungguh MFA makan dan tok ayah melayan mereka sehingga habis makan |
![]() |
| Allahyarham tok ayah turut join makan bersama MFA |
![]() |
| En suami yang belum bersiap masa nih... ;)
Semoga Allahyarham tok ayah akan dirahmati dan ditempatkan di kalangan hambamu yang beramal soleh...
Tok ayah sentiasa di hati..
Al-Fatihah..
|





dah lama tak singgah ke blog kak mas....
ReplyDeletebegitulah putaran hidup, setiap bernyawa pasti akan menemui ajal. tanggungjawab waris untuk sentiasa berdoa untuk arwah. semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa arwah